ANTARA IDEA DECO MENGGUNAKAN RUMPUT TIRUAN
Acap kali kita melihat rumput tiruan digunakan sebagai hiasan di balkoni, padang futsal atau taman permainan. Banyak lagi deco menggunakan rumput tiruan yang anda boleh cuba. Ayuh kita cuba buat kelainan menggunakan rumput tiruan.
2. Rumput tiruan untuk kegunaan di restaurant atau cafe. Siapa kata anda tidak boleh menggunakan rumput tiruan untuk hiasan atau lantai anda? Anda tidak perlu risau, kerana rumput tiruan 100% PVC, tahan lasak, tiada bau hapak, kalis air dan anai-anai dan yang paling penting tahan lama. Cafe anda akan lebih cantik, unik dan menarik perhatian pelanggan.
3. Siapa kata rumput tiruan tidak boleh digunakan sebagai hiasan dinding? Salah! Kini rumput tiruan selalu digunakan sebagai hiasan di dinding kerana senang di jaga, tahan lasak dan mampu memberi keunikan kepada ruangan anda.
4. Anda pemilik butik atau mahukan rak jualan anda nampak cantik dan kemas? Gunakan rumput tiruan sebagai lapik rak anda! Dengan sekelip mata rak anda akan nampak lebih cantik, dan produk anda akan lebih outstanding dan menarik perhatian.
5. Mahukan ruang pameran anda lebih menarik? Damparkan rumput tiruan untuk efek yang lebih menarik. Jimat, mudah dan pantas? Anda rasa anda ada masa untuk sakit kepala? Tidak.
6. Ruangan pejabat yang tidak kemas mampu membuatkan anda lebih stress. Untuk mengatasi masalah ini, damparkan rumput tiruan di ruang rehat atau pantries anda. Melihat warna hijau mampu menenangkan fikiran dan membuatkan anda lebih fokus dan kurang stress.
7. Masih berfikir cara untuk deco tangga luar kediaman anda menjadi lebih menarik? Gunakan sahaja rumput tiruan sebagai lapik tangga. Luar kediaman anda akan lebih teratur dan menarik.
8. Khusus untuk bakal mempelai, mahukan pelamin yang unik, cantik dan penting murah? Add on rumput tiruan untuk efek lebih menarik, fresh dan outstanding. Tidak perlu budget yang tinggi, hanya perlukan sedikit kreativiti dan usaha.
Pelbagai deco, pelbagai cara anda boleh menggunakan rumput tiruan, usah takut, be creative, be bold!
Comments
Post a Comment